Monday 20 February 2012

Khasiat Buah Mengkudu

Khasiat Buah Mengkudu dan Penyakit yang boleh dirawat oleh Enzim Jus Noni BSY
by MENGKUDU NONI BSY - BEST on Wednesday, March 10, 2010 at 2:38pm •
Buah mengkudu yang disebut sebagai noni oleh masyarakat barat atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan.



Kajian saintifik mengenai mengkudu atau noni telah dilakukan sejak 45 tahun lalu. Saintis pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Semasa Dr. Heinicke membuat kajian mengenai bromelain nanas di Hawaii, beliau mendapati nanas mengandungi proxeronine. Pada masa yang sama, beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah Noni lebih tinggi daripada nanas. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah Noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.

Proxeronine penting untuk mensintesis alkaloid xeronine. Xeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Kekurangan xeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Proxeronine dan proxeronase akan berubah menjadi xeronine melalui tindakbalas biokimia dalam usus. Ini seterusnya boleh mengaktifkan fungsi enzim dalam badan manusia serta merangsang sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem doktrin dan sistem pembiakan.

Dengan adanya xeronine, ia boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritis, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, penyakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan tinggi, mencegah pertumbuhan parasit dan kulat, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah dan lain-lain penyakit lagi.

Xeronine juga menggalakkan pertumbuhan tisu dan mengaktifkan fungsi sel-sel badan. Oleh itu, xeronine turut memperlihatkan kesan yang terserlah untuk patah tulang, salah urat, seranggan serangga, barah, melecur dan terbakar serta menghalang proses penuaan.

Merawat penyakit kronik seperti penyakit barah atau kanser, penyakit jantung, strok, diabetes (jenis 1dan jenis 2), afrodiasiak, kegemukan, tekanan darah tinggi, rheumatism, sakit alergik, masalah pencernaan, masalah pernafasan, masalah tidur, gangguan fungsi otak, penyakit buah pinggang, ataupun tekanan.

Buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.

Di kalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu.

Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri. Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Sementara itu, pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan.

Senarai penyakit yang boleh di rawat oleh Enzim Jus Noni BSY

Secara umumnya buah mengkudu boleh membantu dalam masalah penyakit-penyakit di bawah:

1. Tekanan darah tinggi
2. Barah
3. Penyakit jantung
4. Kencing manis
5. Masalah seksual
6. Lemah badan
7. Berat badan berlebihan (kegemukan)
8. Masalah buah pinggang
9. Fikiran berserabut
10. Alahan seperti alahan pada makanan laut seperti udang dan ketam
11. Arthiritis
12. Masalah penghadaman
13. Angin ahmar
14. Masalah tidur
15. Ketagihan merokok
16. Masalah pernafasan
17. Kurang tenaga
18. Batuk
19. Cacing
20. Gout
21. Asma
22. Resdung
23. Gastrik
24. Tumor
25. Luka kecil
26. Kelemumur
27. Kebengkakan
28. Keracunan makanan

Thursday 16 February 2012

Kehidupan Dunia Hanya Permainan dan Kesukaan Belaka (Majalah Dakwah, Januari/Februari 2012)


Kehidupan Dunia

Hanya Permainan dan Kesukaan Belaka

Oleh
 Izani Hj Daud


Semua orang mencita kesenanagan hidup di dunia ini. Justeru semua orang sibuk mencari harta atau kekayaan. Hal ini kerana dengan adanya kekayaan segala idaman dan harapan akan mudah diperoleh. Agama juga menggalakkan manusia mencari kekayaan, supaya dengan kekayaan seseorang tidak perlu lagi mengharapkan bantuan atau pertolongan daripada orang lain untuk hidup.

    Harta kekayaan diperlukan oleh manusia, tetapi adakah seseorang itu hidup untuk mencari kekayaan semata? Adakah setiap gerak-geri, tindakan dan perjalanan hidup kita hanya perlu dihalakan untuk mencari kekayaan sahaja?

    Ramai yang tersilap perhitungan dalam keharusan mencari kekayaan. Lalu mereka memburu kekayaan sebanyak yang mungkin. Lebih teruk lagi tanpa mengira halal atau haram semuanya dibolot dan hendak dikaut. Tidak cukup dengan wang melimpah ruah, dengan banglo yang besar, bahkan lebih daripada dua buah rumah. Begitu juga dengan kereta, diletakkan dua atau tiga buah kereta mewah menghiasi laman, dengan peralatan rumah pula yang serba indah.
    Manakala anak-anak yang masih muda belia , yang masih belajar sama ada di institusi pengajian tinggi mahupun masih di sekolah pula dibekalkan dengan kereta mewah kerana kekayaan yang ada mampu berbelanja apa saja. Sedangkan Allah s.w.t. berfirman, bermaksud;
        ”Hai orang-orang yang beriman! Janganlah harta
           bendamu melalaikan kamu daripada mengingati
         Allah. Dan siapa yang berbuat begitu, itulah orang-
         orang yang menderita kerugian”
          ( Surah Al-Munafiqun: 9 )

    Walaupun tidak dinafikan kekayaan itu perlu dalam kehidupan, tetapi untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat maka kita perlu membuat perancangan atau batasan dalam mengumpul kekayaan itu. Kita hendaklah membuat sasaran, misalnya, kita ingin mencari kekayaan sehingga terkumpul wang sejumlah RM300,000.00 atau RM500,000.00. Apabila kita telah mencapai sasaran yang diidamkan, maka hendaklah kita berhenti daripada mencari wang itu. Ataupun katakan kita bercita-cita untuk mencari harta dengan sasaran memiliki dua buah banglo mewah, tiga buah kereta mewah, 10 hektar tanah, dan 10 buah rumah gudang sewaan. Setelah perkara-perkara yang kita cita-citakan itu telah tercapai, maka pada masa itu hendaklah berhenti daripada mencari kekayaan. Memadailah dengan kadar yang telah ada. Usaha melebihi kadar itu sudah termasuk dalam
kategori tamak. Allah s.w.t. telah berjanji akan melaknati orang-orang yang tamak ini.

    Perancangan atau membuat batasan dalam mencari harta kekayaan memang perlu. Hal ini kerana keinginan mencari kekayaan itu sendiri bersifat infiniti, yakni tiada had atau penghujungnya. Jadi, sekiranya kita tidak membuat batasan maka kita tidak tahu di mana noktah pencarian kita itu, tidak tahu di mana tempat untuk berhenti.  Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan kita akan terus hanyut dibuai kenikmatan akhirnya membawa kepada kekufuran. Berhubung dengan hal ini Allah s.w.t berfirman;
         "Kehidupan  dunia  ini  hanyalah  permainan  dan
         kesukaan belaka.  Dan  kalau  kamu  beriman  dan
         memelihara  diri  daripada  kejahatan,  Tuhan  akan
         memberikan pahala kepadamu dan Dia tiada meminta
         wang  upah  daripadamu.”
          (Surah Muhammad : 36)

    Sebagai seorang Islam, kita hendaklah bijak dan jangan tertipu dengan kehidupan di dunia yang sementara ini. Kita perlu ingat bahawa kita tidak akan selamanya hidup di alam fana ini. Jika panjang sekalipun umur kita di dunia ini, belum tentu boleh mencecah 100 tahun. Tidak dinafikan ada mereka yang mempunyai jangka hayat sehingga 100 tahun, tetapi siapa yang boleh membuat jaminan? Dalam dunia moden hari ini, pelbagai penyakit boleh menyerang manusia. Sesetengahnya pada usia muda sudah meninggal dunia.

    Menginsafi umur atau hayat kita yang tidak lama ini, maka perlu setiap kita mempunyai wawasan untuk hari depan, berupa perancangan rapi untuk mengharungi hidup di dunia baru nanti iaitu alam akhirat. Destinasi  yang kekal abadi. Sudahkah kita mempunyai bekalan amalan atau sudahkah kita laburkan wang yang kita ada pada hari ini untuk membeli saham-saham akhirat ?

    Jika sekarang ini kita kaya-raya, tentunya kita ingin menjadi ”orang kaya” juga di akhirat. Jika sekarang kita seorang hartawan atau jutawan yang tinggal di banglo yang serba mewah atau sentiasa menghuni hotel-hotel mewah lima bintang, maka di akhirat juga tentu kita inginkan kemewahan yang serupa yakni syurga kelas satu. Janatul Firdaus satu-satunya tempat eksklusif  yang di dalamnya penuh kenikmatan yang bitara atau tiada tolok bandingannya dengan apa yang ada di dunia. Oleh sebab itu janganlah kita leka dan terlena di dunia ini, di akhirat nanti baru terjaga.  Pada masa hidup di dunia ini, kita hendaklah memanfaatkan harta yang dimiliki untuk jalan yang diredai-Nya supaya kita beroleh penginapan eksklusif itu. Kalau tidak, menyesal kemudian hari, sebagaimana firman Allah s.w.t.;

        ”Dan belanjakanlah (di jalan kebaikan) sebahagian
         rezeki kamu,  sebelum  kematian  datang  kepada
        seseorang antaramu, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku!
         Mengapa Engkau tidak berikan kepadaku sedikit  tempoh
         barang sedikit waktu, supaya aku memberikan sedekah,
         supaya aku termasuk dalam orang-orang yang mengerjakan
         perbuatan baik (Surah Al-Munafiqun: Ayat 10)
   
    Oleh sebab itu, marilah bersama-sama menyedari hakikat kehidupan ini. Hendaklah sentiasa kita berhati-hati dan memuhasabah diri supaya kita tidak tergelincir daripada landasan kebenaran sebagaimana bacaan dalam Al-Fatihah, kita memohon Allah s.w.t menunjukkan kita jalan yang lurus (kebenaran). Justeru jadikanlah diri seorang hamba yang sentiasa bertakwa di sisi-Nya dan seorang insan yang berkualiti, yakni seorang yang bukan sahaja cemerlang di dunia tetapi juga menempah kegemilangan di akhirat, negara yang kekal abadi buat selama-lamanya

Saturday 4 February 2012

Keputeraan Junjungan Besar (Maulidurasul)

KEPUTERAAN JUNJUNGAN BESAR
(Sempena Maulidurasul)

Pada detik ulang tahun kelahiran ini
keputeraan Junjungan Besar
mencatat diari umat
bermulanya simbahan kebenaran
mencelik umat dalam rabaan
kehidupan

tanggal keagungan kita
rayakan
memacak ingatan
menghindari kelekaan membaluti
kealpaan yang membungkusi
diri

12 Rabiulawal
kita raikan bersama
moga detik kemuliaan ini
mengakari jiwa keimanan
menajami sanubari ketakwaan
mengembalikan keperkasaan umat
menjulang kembali panji-panji
kekuatan
yang suatu masa dahulu berkibar
megah
menaungi serata pelosok alam.


IZANI  H . D .
Darul Naim.