Friday, 17 May 2013

Kuliah selepas Maghrib di Masjid Kamil Hasan, Kota Bharu, pada 16 Mei 2013





1)  Kelebihan bulan Rejab seperti menabur benih, bulan Syaban menjirus benih dan Ramadan bulan menuai hasil.

2)  Bulan Rejab berlaku Israk Mikraj.

3)  Bulan Rejab Allah s.w.t. melipat gandakan pahala sedekah atau amalan-amalan lain.

 4) Bulan Syaban kemuliaannya pada malam nisfu syaban. 

5)  Ramai yang mati tidak sempat mengucap kerana diri yang jauh daripada Allah  s.w.t.

6)  Lailatu Qadar ada dalam 10 hari terakhir Ramadan..Nabi mengajak semua anggota keluarganya beribadah.

7)  Di Mekah malam 27 Ramadan Masjidilharam dipenuhi manusia sejak waktu Asar lagi.

8)  Pada malam Lailatul Qadar malaikat akan turun diketuai malaikat Jibrail dengan membawa panji warna hijau 
     yang dipacak di tengah kaabah

9)  Berpuasa 1 hari bulan Rejab dijanjikan syurga. Puasa 8 hari bulan Rejab,dibuka 8 pintu syurga untuk dbuat 
     pilihan.



Wallahualam.

Catatan kuliah selepas Maghrib di Masjid Kg. Kota, Kota Bharu, pada 17 Mei 2013

 
 
1) Seorang Gabenor zaman Umar al-Khatab tidak berurusan dengan rakyat pada waktu malam sebaliknya dia beribadah  
     kepada Allah s.w.t.
2) Allah menyatakan ramai manusia yang tidak bersyukur atas nikmat dberi.
 
3) Ramai tidak istikamah dalam ibadah.
 
4) Tujuan doa dilafaz, supaya kita ingat kepada Allah  s.w.t.
 
5) Kena bsyukur akan nikmat Allah s.w.t. sama ada banyak atau sedikit.
 
6) Anak sekarang cerdik akademik tapi liat solat.
 
7) Air hujan yang menitis di atas atap rumah orang yang tidak solat lebih kotor daripada kencing anjing dan
    khinzir.
 
8) Ramai orang yang berat ke masjid atau berbuat ibadah disebabkan rezeki yang tidak halal.
 
9) Siksaan dalam kubur akan didengar oleh semua makhluk kecuali makhluk manusia walaupun rumahnya 
    berhampiran dengan kubur. Jika manusia mendengar akan siksaan itu, nescaya mereka akan terus pengsan..


Wallahualam.

Tuesday, 7 May 2013

Sajak Duniamu Guru



Duniamu guru adalah anak-anak didikmu
duniamu guru adalah mengasuh
duniamu guru adalah mendidik
duniamu guru adalah keputihan kapur
        melumuri tanganmu
duniamu guru adalah buku-buku
duniamu guru adalah kenakalan anak didikmu
duniamu guru adalah pemerahan minda
duniamu guru adalah pengorbanan
duniamu guru adalah kekecewaan pabila anak didikmu
        kecundang di medan juang
duniamu guru adalah cercaan masyarakat lantaran
        setitis nila
duniamu guru adalah keikhlasan
duniamu guru menabur bakti
yang tidak mengharapkan balasan
duniamu guru adalah memikul amanat
duniamu guru adalah memenuhi harapan orang ramai
duniamu guru sentiasa ingin melihat kejayaan
anak-anak didikmu
duniamu guru jarang dihargai
duniamu guru kerjaya yang tidak tersohor
duniamu guru tidak mendapat tempat berbanding
        profesion lain
duniamu guru hanya insan mulia tahu menilai
duniamu guru penuh dengan cabaran
duniamu guru penuh kesepakatan antara wargamu
duniamu guru tidak pernah jemu walau kerap
        mendapat cemuhan
duniamu guru menuntut kesabaran
duniamu guru serba boleh
duniamu guru adalah idola pada anak-anak didikmu
duniamu guru tidak pernah minta disanjung
duniamu guru sekolah menjadi rumah keduamu
duniamu guru adalah ibu bapa kedua anak-anak didikmu
duniamu guru adalah tunggak keyakinan anak didikmu
duniamu guru merungkaikan segala permasalahan
        anak didikmu
duniamu guru kini mengharungi era globalisasi
duniamu guru kini menuntut kekuatan,
        persiapan diri menghadapi perkembangan
        dunia pendidikan terkini
duniamu guru kini menuntut kegigihan,
        kededikasian mengharungi gelombang pemodenan
        pendidikan
duniamu guru kini menuntut watak proaktif
        tanpa ditunjuk bantu
duniamu guru kini menuntut kecemerlangan anak didikmu
        bukan sekadar melepasi tangga lulus
dunimu guru kini tiada siapa dapat menafikan
        keprofesionalanmu,
        kerana padamulah tapak asas
        melahirkan teknokrat negara
        merealisasikan harapan pertiwi ibunda
        agar berdiri sama paras dan duduk sama rendah
        di mata dunia antarabangsa.

Terima kasih cikgu!

IZANI   H . D .
KOTA BHARU.