Friday, 17 August 2012

Masyarakat Membaca (Pelita Bahasa, Ogos 2012)

                     Masyarakat Membaca
                Aset yang Tidak Dapat dinilai dengan Harga

                                                             oleh
                                                                      Izani Hj Daud

Atan Long (1984), menyatakan bahawa 74 peratus daripada rakyat Malaysia sudah boleh membaca, tetapi hanya 0.028 peratus atau 28 daripada setiap 100,000 orang menjadi ahli mana-mana perpustakaan. 27 peratus daripada mereka tidak mempunyai sebarang buku di rumah, 30 peratus daripada mereka tidak memiliki majalah, 10 peratus tidak memiliki surat khabar dalam  tempoh enam bulan. Dilaporkan juga pada setiap tahun, purata rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka surat dalam masa setahun.

Data terkini yang dibuat oleh Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) 2007/2008 pula mendapati kadar literasi rakyat Malaysia masih berada di belakang negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Jerman yang kadar literasi di negara-negara tersebut adalah amat tinggi sehingga 99 peratus. Kenyataan ini menjelaskan betapa masyarakat Malaysia tidak berminat untuk membaca.

    Mengapakah pentingnya membaca? Bagi para pelajar membaca penting untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagi orang dewasa atau orang awam juga penting kerana daripada membaca pelbagai maklumat, pengalaman akan diperoleh. Manakala bagi negara, memiliki rakyat yang suka membaca adalah suatu aset yang tidak dapat dinilai dengan harga.

    Amalam membaca dalam kalangan masyarakat akan menentukan maju atau mundurnya sesebuah negara. Negara yang maju dan bertamadun tinggi adalah negara yang didiami oleh anggota masyarakat yang berpengetahuan dan sentiasa meneroka pelbagai ilmu. Dengan ilmu, manusia akan menemui sesuatu yang baru dinamakan sebagai pembaharuan atau kemajuan. Sebaliknya, bangsa yang tidak membaca atau tidak meneroka ilmu akan menjadi terkebelakang dan mundur.

    Dengan kata lain, kurangnya minat membaca dalam kalangan anggota masyarakat menjadi faktor penghalang sesebuah negara untuk mencapai kemajuan atau pembangunan. Negara-negara yang maju seperti Amerika, Britain, dan Jepun memiliki rakyat yang rajin membaca. Ke mana sahaja mereka pergi, bahan bacaan sentiasa dibawa bersama, dan apabila mempunyai ruang masa, mereka akan membaca. Mereka sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan tidak pernah puas dengan apa yang ada. Inilah yang dikatakan ciri-ciri bangsa yang maju.

    Apa yang mendukacitakan di negara kita pula dewasa ini didapati generasi muda, terutamanya golongan pelajar yang masih di bangku sekolah juga liat untuk membaca. Jika mereka membaca pun hanyalah sekadar untuk lulus dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar juga lebih suka membaca topik-topik penting yang terdapat dalam sukatan peperiksaan. Tidak ramai pelajar yang membuat rujukan lebih lanjut untuk mendalami sesuatu topik. Mereka lebih selesa membaca buku teks atau nota-nota dan ‘handout’ yang diberikan oleh guru. Sindrom ini menyebabkan pelajar tidak mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan yang diduduki.

    Sikap tidak suka membaca ini sangat merugikan, baik kepada individu mahupun negara, kerana tentunya sikap seperti ini tidak dapt melahirkan golongan cendekiawan negara. Pelajar-pelajar aliran sastera misalnya, sangat memerlukan bacaan yang luas, bukan setakat membaca buku teks kerana dengan banyak membaca  buku-buku tambahan (rujukan lain) akan menambahkan lagi fakta untuk dianalisis bagi membolehkan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

    Sebagai contoh, tinjauan yang dibuat terhadap pelajar tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran Sastera, menunjukkan tidak sampai separuh daripada pelajar yang membaca habis kesemua teks karya sastera yang akan diuji dalam peperiksaan SPM. Jadi, jika teks tidak dibaca, maka sudah tentulah pelajar-pelajar tidak mempunyai fakta untuk dikemukan dalam peperiksaan. Apatah lagi untuk mendapat markah yang baik, kerana dalam menjawab soalan peperiksaan seperti mata pelajaran Sastera bukan  saja fakta (cerita) yang perlu diketahui, tetapi juga jawapan yang diberikan hendaklah matang dan menunjukkan pemahaman yang tinggi terhadap sesuatu persoalan yang dikemukakan.

    Selain  itu, jawapan juga hendaklah kritis, iaitu dapat memberi komentar dan ulasan yang mendalam, agar jawapan yang dipaparkan dapat menunjukkan keupayaan intelektual yang tinggi. Justeru, untuk mencapai kecemerlangan, maka sudah tentulah para pelajar memerlukan pembacaan yang luas, iaitu bukan sahaja membaca teks sastera itu sahaja tetapi dengan membaca bahan-bahan rujukan lain yang berkaitan bagi mendapat fakta yang lebih banyak. Pelajar-pelajar seharusnya menyedari tidak ada jalan pintas  untuk berjaya melainkan dengan bertungkus-lumus menelaah pelajaran.

    Sebenarnya minat membaca hendaklah dipupuk semenjak anak masih kecil lagi atau pun sebelum mereka masuk alam persekolahan. Ini bermakna, menjadi tugas dan tanggungjawab ibu bapa untuk menyemai tabiat membaca.

    Ibu bapa hendaklah memberi galakan, dengan membeli buku-buku kepada anak-anak. Malah, anak-anak yang baru setahun jagung iaitu dalam lingkungan usia satu hingga dua tahun pun boleh diperkenalkan dengan buku-buku. Walaupun mereka masih lagi mentah, tetapi dengan cara ini konsep membaca dapat ditanam lebih awal lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebung, supaya apabila mereka meningkat usia dan memasuki alam persekolahan nanti, tabiat membaca sudah pun menyubur dalam diri anak-anak.

    Sekiranya semua ibu bapa dapat mengambil inisiatif dan menjadi suri teladan untuk turut sama membudayakan amalan membaca, maka negara akan dapat melahirkan generasi yang dapat memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara.

    Kerajaan boleh memainkan peranan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan minat dalam kalangan masyarakat, salah satunya dengan cara  membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya bahan bacaan dapat sampai ke seluruh ceruk rantau.

    Program membaca buku secara besar-besaran juga hendaklah dijalankan supaya rakyat mengamalkan budaya membaca. Malaysia boleh mengambil contoh negara Britain, yang pada tahun 2004 telah mengadakan program Bigread, iaitu suatu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Untuk tujuan itu televisyen United Kingdom menyiarkan program mengulas 100 buah buku pada setiap minggu dan orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi internet, manakala toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabelkannya pada rak-rak khas yang tercetak Bigread pada muka depannya. Adalah diyakini cara yang telah dibuat di United Kingdom boleh dilakasanakan di negara ini dan akan mendapat sokongan dan sambutan daripada semua lapisan masyarakat.

   

Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library  dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha yang di pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 ini telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu.


Isu berkaitan dengan sindrom kurang minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah lama diperkatakan, justeru masyarakat hendaklah mengubah sikap bermula dari sekarang. Seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, When I have money, I buy books. If any is left, I buy food, maknanya, Erasmus mengutamakan buku sedangkan kepentingan makanan dikemudiankan. Hal ini menunjukkan Eramus dan majoriti masyarkat maju yang lain menjadikan membaca sebagai keutamaan sebagai santapan minda.

Sudah sampai masanya masyarakat Malaysia mengorak langkah, jaga daripada mimpi yang memanjang untuk turut serta bersama-sama bangsa lain membudayakan diri dengan  mencintai ilmu melalui budaya membaca. Kalaulah selama ini kita sanggup memperuntukkan wang untuk membeli pelbagai keperluan diri, mengapa tidaknya sebahagian kecil wang yang ada disediakan untuk membeli buku baik untuk diri mahu pun keluarga, supaya dengan cara ini akan menjadi tapak mula melahirkan modal insan minda kelas pertama, seterusnya memacu negara menjadi negara maju menjelang tahun 2020.





Puisi

Ramadan yang Akan Berpergi

Ramadan yang akan berpergi
serasa selintas detik memintas waktu
tidak merelakan dirimu berlalu...
belum sempat mengaulimu
selimut ibadah masih berlipat
malam nan dingin dalam dakapan kealpaan

lumrah menjadi terbiasa
saban musim berlalu begitu sahaja
menanti musim kembali lagi
pada sebuah harapan yang
tidak pernah terpenuh jua...



IZANI  H.D.
Kota Bharu
16 Ramadan 1433

Hasil Penulisan Izani Hj. Daud (Sehingga Julai, 2013)

                   HASIL PENULISAN IZANI  HJ. DAUD YANG DITERBITKAN
                                               (SEHINGGA JULAI 2013)

                                                       

PENERBITAN JURNAL/MAJALAH

Bil.    Judul Bahan Bacaan Yang Telah Diterbitkan    Jurnal/Majalah/Akhbar &
Tahun Penerbitan
1.    Parameter yang Mempengaruhi dan yang Dipengaruhi
Dalam Interaksi. Kajian Kes Berdasarkan pada `Communicative Activity Analysis’.     Jurnal Dewan Bahasa,
DBP, September 1995.
2.    Perbandingan Penulisan Karangan antara Pelajar Pekak dan Pelajar Normal: Satu Kajian Kes.     Jurnal Dewan Bahasa,
DBP, November 1995.
3.    Kesilapan Penggunaan Sendi Nama ‘Di’ dalam Pemelajaran Bahasa Melayu: Satu Kajian Kes.     Jurnal Dewan Bahasa,
DBP,Mei 1996.
4.    Pengaplikasian dan Penggabungjalinan Teori Skinner, Piaget dan Bandura dalam mewujudkan Keseragaman Berbahasa.    Jurnal Dewan Bahasa,
DBP, Mac 1977.
5.    Kelemahan Merumuskan Karangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima : Satu Tinjauan Ringkas.    Jurnal Dewan Bahasa,
DBP, April 1998
6.    Unsur-unsur Bahasa dalam Puisi yang Dapat Dimanfaatkan dalam Pengajaran Bahasa Melayu     Jurnal Dewan Bahasa,
DBP, Jun 1998
7.    Kecacatan Kelancaran Berbahasa: Kes Gagap    Jurnal Dewan Bahasa,
DBP, September 2001
8.    Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu    Jurnal Dewan Bahasa, DBP, Jun 2002
9.    Jantina dan Pengaruhnya dalam Penggunaan Bahasa    Pelita Bahasa, Januari 1997
10.    Peribahasa Mengungkap Budaya Kerja Orang Melayu.    Pelita Bahasa, Januari 1998
11.    Bahasa Mempengaruhi Kejayaan Pelajar.    Pelita Bahasa, Februari
1998
12.    Panduan Umum Merumuskan Karangan.    Pelita Bahasa, Mac 1998
13.    Matematik dan Bahasa    Pelita Bahasa, Jun 1998
14.    Penerapan Unsur-unsur Sains    Pelita Bahasa, Julai 1998
15.    Bahasa dan Pendidikan Seni    Pelita Bahasa, Ogos 1998
16.    Sains dalam Peribahasa    Pelita Bahasa, Oktober 1998
17.    Meneroka Minda Falsafah Berbahasa Pelajar    Pelita Bahasa, Oktober 1998
18.    Aspek Penanda Kata Wacana dalam Karangan     Pelita Bahasa.Dis 1998
19.    Bagaimana Menggunakan Rencana Pengarang Akhbar dalam Pengajaran Bahasa    Pelita Bahasa, Februari 1999
20.    Puisi dalam Pengajaran Bahasa    Pelita Bahasa, Mac 1999
21.    Kelemahan Pelajar Semasa Menjawab Soalan Pemahaman    Pelita Bahasa, Jun 1999
22.    Benarkah Puisi Menyimpang daripada Tatabahasa    Pelita Bahasa, Jun 2000
23.    Punca Kelemahan Karangan Pelajar Pekak    Pelita Bahasa, April 2001
24.    Peribahasa dan Amalan Negatif    Pelita Bahasa, Mei 2001
25.    Menghasilkan Karangan Jenis Perbincangan    Pelita Bahasa, Julai 2001
26.    Mengesan Isi Tersirat dalam Merumuskan Karangan    Pelita Bahasa,Sep 2001
27.    Tabiat Negatif dalam Peribahasa    Pelita Bahasa, Februari 2002
28.    Kelemahan Merumuskan Karangan    Pelita Bahasa, Mei 2002
29.    Nilai Keagamaan dalam Pantun    Pelita Bahasa, Dis 2002
30.    Sendi Nama `Di’    Pelita Bahasa, Jun 2003
31.    Negara Dunia Ketiga. Perlukah Mencontohi Negara Dunia Pertama    Dewan Masyarakat, Januari 1993.
32.    KBSM : Pelaksanaannya Perlu Dinilai Semula    Dewan Masyarakat, Mac 1993.
33.    Bekas Tanah jajahan : Nasibnya Bagaimana ?    Dewan Mayarakat, Jun 1994.
34.    Bagaimana Perundingan Menyelesaikan Konflik    Dewan Masyarakat, Februari 1997.
35.    Penyampaian Idea : Bagaimana Idea Dipengaruhi Oleh Faktor Tertentu     Dewan Masyarakat, Mei 1997.
36.    Gejala Sosial Melanda Remaja Masa Kini    Dewan Masyarakat, Julai 1997.
37.    Mengapa Gagal dalam Peperiksaan.    Dewan Masyarakat,
September 1997.
38.    Budaya Kerja Orang Melayu.    Dewan Masyarakat,
Disember 1997.
39.    Sindrom Kurang Minat Membaca.    Dewan Masyarakat,
Februari 1998.
40.    Kesantunan dalam Budaya Kehidupan Orang Melayu.    Dewan Masyarakat, April 1998.
41.    Memupuk Budaya Hidup Berjiran.    Dewan Masyarakat, Jun 1998.
42.    Sejauh Mana PIBG Telah Berfungsi.    Dewan Masyarakat,
November 1998.
43.    Belajar Ketika Usia Dewasa.    Dewan Masyarakat,
Disember 1998
44.    Ketidakprihatinan Penggunaan Sendi Nama.    Dewan Masyarakat,
Januari 1999.
45.    Bersahabat dengan Anak Remaja.    Ummi, Ogos 1991
46.    Rasuah : Institusi yang Sukar Diruntuh    Al-Islam, November 1992.
47.    Demokrasi : Amalannya di Malaysia    Akademik, Jun 1993.
48.    Remaja Lari dari Rumah    Umm1, Oktober 1993.
49.    Faktor Semulajadi Tingkat Mutu Pengurusan.    Usahawan Malaysia,
Jan/Feb 1994.
50.    Remaja Menjelang 2020    Dakwah, Mei 1994.
51.    PIBG Jadi Jambatan antara Sekolah, Ibu Bapa     Berita Harian,8 Ogos 1994.
52.    Pusat Sumber Sekolah: Peranan dan Kepentingannya.    Dakwah, Ogos 1994.
53.    Warga Tua : Tanggungjawab Institusi Keluarga    Utusan Zaman, 6 Februari
1994.
54.    Ajak Masyarakat Hayati Nilai-nilai Murni.    Suara Masjid Negara,
23 Jun 1995.
55.    Tekanan Jiwa dalam Kalangan Guru.    Utusan Zaman, 6 Ogos 1995
56.    Kepentingan Disiplin dalam Pencapaian Akademik Pelajar.    Utusan Zaman, 27 April 1997.
57.    Nilai Panggilan dalam Masyarakat Melayu    Utusan Zaman, 13 Julai 1997.
58.    Pengaruh Ciri-ciri Peribadi dalam Proses Perundingan    Utusan Zaman, 27 Julai 1997.
59.    Krisis Moral : Cabaran Utama Remaja Hari Ini.    Akademik,  Mei/Jun 1997
60.    Punca-punca Keruntuhan Akhlak    Akademik, Jun/Julai 1997.
61.    Ciri-ciri Linguistik dalam Puisi.    Akademik Jun/Julai 1997.
62.    Faktor Kejayaan dan KegagalanPelajar dalam Peperiksaan.    Utusan Zaman, 24 Ogos 1997.
63.    Disiplin Pelajar : Hubungannya dengan Pencapaian Akademik.    Suara Masjid Negara,
26 September 1997.
64.    Menjelang Peperiksaan : Apa yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Bapa.    Utusan Zaman, 5 Ogos 1997.
65.    Gagap : Gejala Kecacatan Kelancaran Berbahasa    Ummi, Sep/Okt 1997.
66.    Menyingkap Peranan dan Tanggungjawab Guru.     Ummi, Sep/Okt 1997.
67.    Jaya Gagal Seorang Pelajar.    Ummi, Sep/Okt 1997.
68.    Saat Menjelang Peperiksaan : Apa Peranan Ibu Bapa?    Suara Masjid Negara,
17 Oktober 1997.
69.    Kemahiran Penguasaan Bahasa Jamin Kecemerlangan Peperiksaan.    Utusan Zaman, 2 November
1997.
70.     Budaya Kejiranan yang Semakin Dilupai    Suara masjid Negara,
31 Oktober 1997.
71.    Sikap Yakin Diri Membawa Kejayaan.    Minda pelajar,24-30 Nov
1997.
72.    Membaca : Rakyat Perlu Ubah Sikap    Minda pelajar 26 jan –
1 Feb 1998
73.    Mendampingi Anak Remaja : Langkah Atasi Gejala Sosial.    Sinaran Islam, Bil 4/97.
74.    Berpada-Pada Menyambut Hari Raya.    Utusan Zaman, 18 Januari 1998
75.    Rasuah Penyakit Sosial yang Sukar Dihapuskan    Suara Masjid Negara,
13 Februari 1998.
76.    Ekonomi : Apa Peranan Remaja    Minda Pelajar, 9-15 Mac 1998.
77.    Didikan Remaja Mulakan Dari Rumah    Ummi, Mac 1998.
78.    Pantun Gambarkan Kehidupan Melayu Tradisi     Akademik Mac/April 1998.
79.    Nilai Murni Amalan Mulia    Utusan Zaman, 3 Mei 1998.
80.    Gejala Kurang Minat Membaca    Cahaya, Bil. 2/1998 
81.    Mengumpul Harta Biarlah Berpada-pada    Utusan Zaman,14 Jun 1998
82.    Hati-hati Mencari Kekayaan Dunia    Suara Masjid Negara,
2 Jun 1998.
83.    Pengaruh Sikap Tentukan Kejayaan    Minda Pelajar
84.    Kejayaan dalam Penghidupan    Utusan Zaman, 23 Ogos 1998.
85.    Pengurusan Masa dalam Kalangan Remaja    Cahaya Bil. 3/1998.
86.    Peranan Pengguna Meredakan Kegawatan Ekonomi    Utusan Zaman,4 Oktober
1998.
87.    Peranan Pengguna Tangani Kegawatan.    Suara masjid Negara,
13 November 1998.
88.    PIBG dan Peranannya    Utusan Zaman, 13 Disember 1998.
89.    Didik Diri menjadi Pekerja yang Amanah    Suara masjid Negara, 29 Januari 1999.
90.    Hadapi Kemelut dengan Berjimat Cermat    Suara Masjid Negara,
5 Februari 1999
91.    Berhati-hati Memilih Rakan Sebaya    Suara Masjid Negara,
7 Mei 1999.
92.    Emosi Boleh Gugat Prestasi Individu    Minda Pelajar, 2-8 Ogos 1999.
93.    Peranan Emosi Mempengaruhi Pencapaian Pelajar    Cahaya Bil.2/1999
94.    Sikap Berdikari Perlu Diasuh Semenjak Kecil    Sinar Rohani Bil.2/1999
95.    Ilmu Menguatkan Kematangan    Suara masjid Negara,
27 Ogos 1999
96.    Persediaan Akhir Hadapi Peperiksaan    Minda Pelajar, 27 Sep-3 Okt 1999
97.    Beberapa Panduan Calon Menduduki Peperiksaan     Utusan Zaman, 31 Oktober 1999.
98.    Kelemahan Menjawab Soalan Pemahaman    Minda Pelajar, 4 November 1999.
99.    Kejayaan Ada Di Mana-mana    Cahaya Bil.3/1999
100.    Manfaatkan Cuti untuk Timba Ilmu    Minda Pelajar,20-26 Dis
1999.
101.    Keprofesionalan Seorang Guru    Utusan Zaman, 26 Dis
1999.
102.    Peranan Remaja Dalam Alaf Baru    Minda Pelajar, 17-23 Januari 2000
103.    Remaja Sebagai Aset Negara    Utusan Zaman,30 Januari
2000
104.    Memperkembangkan Potensi Individu    Minda Pelajar, 7-13 Februari 2000. 
105.    Mengumpul Rencana Pengarang Akhbar: Cara Mudah Menulis Karangan.     Pelita Bahasa, Februari 2000.
106.    Bahasa Perundingan Pengaruhi Situasi    Utusan Zaman, 13 Februari 2000
107.    Pengamalan Nilai Murni dalam melahirkan Individu Berketrampilan.    Cahaya, Bil.4/1999.
108.    Mengapa Perlu Mencari Kelemahan Diri    Utusan Zaman, 30 April 2000
109.    Ibu Bapa Punca Keruntuhan Moral Remaja    Utusan Zaman 23 April 2000
110.    Kurang Minat Terhadap Pelajaran: Faktor-Faktor yang Mempengaruhinya.    Cahaya Mac 2000
111.    Ciri-ciri Seorang Pelajar yang Berjaya.    Utusan Zaman, 2 Julai 2000
112.    Strategi Menghadapi Peperiksaan.    Utusan Zaman, 7 Oktober 2000
113.    Strategi Akhir Menjelang Peperiksaan.     Cahaya, Sepember 2000
114.    Pantun Sebagai Wasilah Dakwah.    Sinar Rohani, 2000
115.    Menangani Anak-anak Pada Musim Cuti Sekolah.    Utusan Zaman, 31 Dis 2000
116.    Ketekunan Orang Melayu Melalui Ungkapan Peribahasa.    Utusan Zaman, 28 januari 2001
117.    Bagaimana Membina Keyakinan Diri.    Cahaya, April 2001.
118.     Belajar Secara Berstrategi    Fokus, Mei 2001.
119.    Peribahasa dan Amalan Negatif    Pelita Bahasa, Mei 2001.
120.    Akhlak Mulia Membawa Kecemerlangan    Utusan Zaman, 20 mei 2001.
121.    Menghasilkan Karangan Jenis Perbincangan    Pelita Bahasa, Julai 2001.
122.    Sikap Bertangguh Merugikan Pelajar.    Fokus, Ogos 2001.
123.     Muhasabah Dapat Membina Keyakinan Diri    Menara, Jun 2001.
124.    Jangan Biar Emosi Menguasai Diri    Fokus, Oktober 2001.
125.    Mencerna Kebahagiaan Dunia    Menara, September 2001.
126    Amanah Tidak Boleh Diabai    Dewan Agama & Falsafah,
November 2001.
127.    Pemikiran Tinggi dan Ungkapan Penarik    Pelita Bahasa, November 2001
128.    Muhasabah Diri Menyerlahkan Kewibawaan Diri    Sinar Rohani, September 2001.
129.    Akhlak Pemangkin Kejayaan    Fokus, Disember 2001.
130.    Kecemerlangan Akhlak Menjana Kecemerlangan Akademik.    Cahaya, Disember 2001.
131.    Mengkritik Diri    Fokus , Januari 2002
132.    Rahsia Kejayaan Kerajaan Melaka.    Dewan Msyarakat, Januari
2002.
133.    Bekerja Sebagai Suatu Amanah    Menara Bil. 67
134.    Kesenangan Hidup: Pencarian Dunia Untuk Kesenangan Akhirat.    Dewan Agama & Falsafah, Februari 2002.
135.    Kelemahan Merumus Karangan SPM    Pelita Bahasa, Mac 2002
136.    Keutuhan Institusi Keluarga Menjamin Masa Depan Warga Tua    Dewan Masyarakat, Mac 2002
137.    Rasuah: Racun Dalam Kehidupan Masyarakat    Menara, Mac 2002.
138.    Pengaruh Rakan Sebaya     Cahaya,  Mac 2002.
139.    Remaja Generasi Pelapis    Fokus, April 2002.
140.    Akhlak Remaja Bermula Di Rumah    Dewan Agama & Falsafah,
Mei 2002.
141.    Kelemahan Merumuskan Karangan    Pelita Bahasa, Mei 2002.
142.    Peranan Remaja Merealisasikan Wawasan 2020    Cahaya Bil.2/2002.
143.    Keruntuhan Akhlak dalam Kalangan Remaja Masa Kini    Menara, Jun 2002.
144.    Hidup Berjiran Perlu Dipupuk Demi Keutuhan Negara    Dewan Agama & Falsafah,
Ogos 2002
145.    Peluang Kejayaan Masih Ada Menjelang Peperiksaan    Fokus, September 2002.
146.    Kepentingan Penanda Wacana dalam Karangan     Fokus, September 2002
147.    Budaya Hidup Berjiran Semakin Menghilang    Menara, September 2002.
148.    Peribahasa Melayu untuk Mengubah Amalan Negatif    Dewan Agama & Falsafah,
November 2002.
149.    Penerokaan Ilmu Tidak Mengenal Usia    Menara, Disember 2002.
150.    Pantun: Peranannya dalam Penyebaran Dakwah    Utusan Malaysia, 21 Januari 2003.
151.    Warga Tua Perlukan Pembelaan    Menara, Mac 2003.
152.    Peranan Pembangunan Organisasi dalam Menyelesaikan Masalah dan Implikainya Ke Atas Pengurusan dan Tingkahlaku Anggota Organisasi.    Jurnal Pengurusan & Kepimpinan Jld.10 Bil.01 Jun 2000.
153.    Komitmen Diri Sebagai Seorang Pekerja    Utusan Zaman 14 Mac 2003
154.    Warga Tua Perlukan Pembelaan    Menara Mac 2003
155.    Mengenali Personaliti Pekerja    Menara Jun 2003
156.    Ilmu Penyuluh Kehidupan    Cahaya Sep 2003
157.    Bahasa Pantun    Jendela Timur April 2003
158.     Panduan Mudah Merumuskan Karangan    Fokus SPM April 2004
159.    Kejayaan Milik Semua    Menara Jun 2004
160.    Kesaintifikan dalam Ungkapan Peribahasa    Jendela Timur, Ogos 2004
161.    Ketidakcaknaan Penggunaan Sendi Nama Di    Jendela Timur,14 Apr. 2005
162.    Kerja Juga Satu Amanah    Sinar Rohani, Apr.2005
163.    Penggunaan Penanda Kata Wacana dalam Menghasilkan Sebuah Karangan yang Baik    Cahaya, Disember 2005
164.    Dampingi Anak Remaja Elak Menjadi Liar    Menara Disember 2005
165.    Kepentingan Penanda Wacana dalam Karangan    Pelita Bahasa Feb 2006
166.    Bersahabat Dengan anak Remaja    Pendidik bil 22/2006
167.    Akhlak Anak Bermula di Rumah    Menara Mac 2006
168.    Kesalahan Penggunaan Sendi Nama dalam Kalangan Pelajar    Cahaya, Jun 2006
169.    Amanah Sebagai Seorang Pekerja    Pendidik Bil.27/Ogos 2006
170.    Karangan JenisPerbincangan SPM    Pelita Bahasa,Nov 2006
171.    Puisi dalam Pengajaran Bahasa    Pelita Bahasa, Mei 2007
172.    Bijak Mengurus Masa Penjana Kejayaan    Pelita Bahasa,Nov 2007
173.    Gagap: Gejala Kecacatan Kelancaran Bahasa    Pelita Bahasa, Dis 2007
174.    Menuju ke Destinasi Jaya    Pelita Bahasa Apr 2008
175.    Memenangi Hati Anak Remaja    Majalah  I Mei 2008
176.    Rahsia Kegemilangan Kerajaaan Melayu Melaka    Dewan Budaya, Julai 2008
177.    Membudayakan Amanah dalam Kerja    Dewan Budaya, Sep 2008
178.    Mengenali Personaliti Pekerja    Dewan Budaya, Feb 2009
179.    Sifir Bahasa    Pelita Bahasa, Apr 2009
180.    Mengembalikan Budaya Hidup Berjiran    Dewan Budaya, Apr 2009
181.    Sikap Individualistik Menghakis Amalan Kejiranan    Milenia Muslim, Mei 2009
182.    Institusi keluarga Pemangkin Generasi Berakhlak Mulia    Milenia Muslim, Ogos 2009
183.    Gejala Gagap    Dewan Bahasa, Sep 2009
184.    Aspek Kajian Sastera untuk Teks Komsas    Pelita Bahasa, Nov 2009
185.    Institusi Kejiranan Semakin Goyah    Dewan Budaya, Nov 2009
186.    Positif Minda Luaskan Potensi Anda    Fokus, Feb 2010
187.    Kanak-kanak Melayu dan Perolehan Bahasa Melayu    Dewan Bahasa, Jan 2010
188.    Sikap Positif Melahirkan Personaliti Cemerlang    Dewan Budaya, Mac 2010
189.    Institusi Pondok Warisan Turun Temurun    Jendela Timur, Dis 2009
190.    Matematik dan Bahasa Melayu    Pelita Bahasa, Apr 2010
191.    Belajar Bahasa dengan Keratan Akhbar    Pelita Bahasa, Mei 2010
192.    Pantun Sebagai Media Dakwah     Dewan Bahasa, Jun 2010
193.    Unsur Saintifik dalam Peribahasa    Dewan Bahasa, Julai 2010
194.    Pengajian Pondok Warisan Pendidikan    Dewan Budaya, Ogos 2010
195.    Guna Rencana Pengarang Akhbar dalam Pengajaran    Pendidik, Ogos 2010
196.    Bahasa Haiwan    Dewan Bahasa, Okt 2010
197.    Perkongsian Kepemimpinan dalam Perkhidmatan Awam    Dewan Masyarakat,Nov. 2010
198.    Masalah Penulisan Pelajar Pekak    Dewan Bahasa, Dis 2010
199.    Budaya Ketekunan Orang Melayu    Dewan Budaya, Dis 2010
200.    Kaedah Praktikal Guna Puisi dalam Pengajaran Bahasa    Pendidik, Dis 2010
201.    SMK Salor Lakukan Transformasi Kemenjadian Pelajar    Pendidik, Dis 2010
202.    Keberksanan Aplikasi ICT dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Murid: Satu kajian Kes    Jurnal Bahasa, Dis 2010
203.    Kefasihan Berbahasa Membantu Penyampaian Idea    Pelita Bahasa, Jan 2011
204.    Cara Belajar dan Menjawab Soalan    Pendidik, Jan 2011
205.    Pengaruh Gender dalam Pertuturan    Dewan Bahasa, Mac 2011
206.    Pengetua Perlu Miliki Daya Kepimpinan    Pendidik, Mac 2011
207.    Perbincangan Dua Hala Amalan Pemimpin Sekolah yang Berkesan    Pendidik, Mac 2011
208.    Bahasa dalam Perundingan    Pelita Bahasa, Mac 2011
209.    Sikap Positif Bina Keyakinan Diri    Pendidik, April 2011
210.    Sistem Bahasa Melayu    Pelita Bahasa, Mei 2011
211.    Majlis Graduasi SMK Salor Memberi Pengiktirafan kepada Pelajar-pelajar yang Cemerlang dalam Akademik    Pendidik, Mei 2011
212.    Bahasa dan Sains    Pelita Bahasa, Jun 2011
213.    Pembudayaan Disiplin dalam Kalangan Pelajar    Dewan Siswa, Julai 2011
214.    Principal as Model of Educational Leadership    Pendidik, Julai 2011
215.    Unsur-unsur Linguistik dalam Puisi    Pelita Bahasa, Ogos 2011
216.    Kemesraan Persahabatan dalam Cerpen ”Capa Rengat”    Pelita Bahasa, Sep 2011
217.    Effective Schools Led by Effective Leadership    Pendidik, September 2011
218.    Pantun Menyelit Keperibadian Unggul    Dewan Budaya, Oktober 2011
219.    Masa Hadapan Negara di Tangan Remaja    Dewan Siswa, Oktober 2011
220.    Peribahasa dan Amalan Negatif    Dewan Bahasa,Nov 2011
221.    Mempelbagaikan Kaedah dalam Pengajaran Komsas    Pelita Bahasa,November 2011
222.    Faedah Mengkritik Diri    Dewan Siswa,November 2011
223.    Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan    Dewan Masyarakat, Nov 2011
224.    Unsur Mencintai Alam Sekitar dalam Lestari Bukit Menghijau    Pelita Bahasa, Dis 2011
225.    Yakin Diri Membawa Jaya    Dewan Siswa, Januari 2012
226.    Nilai Mencintai Alam Sekitar dalam Novel Lestari Bukit Menghijau    Cahaya, bil.2/2011
227.    Kehidupan Dunia Hanya Permainan dan Kesukaan Belaka    Dakwah, Jakim, Jan/Feb 2012
228.    Memanfaatkan dan Mengembangkan Potensi Diri    Dewan Siswa, Mac 2012
229.    Kasih Sayang Tidak Berbelah Bahagi dalam Cerpen Dendam    Pelita Bahasa, Mac 2012
230.    Isu Semasa dalam Karangan Perbincangan    Pelita Bahasa, April 2012
231.    Disiplin Perisai Kawalan Diri    Wadah Siswa Bil.1/2012
232.    Harapan Ibu Bapa dalam `Warkah daripada Ibu’    Pelita Bahasa, Julai 2012
233.    Perangkai Kata Membantu Pelajar dalam Penulisan Karangan    Wadah Siswa Bil.2/2012
234.    Masyarakat Membaca    Pelita Bahasa, Ogos 2012
235.    Kreativiti Guru dalam Pengajaran Bahasa   Pelita Bahasa, September 2012
236.    Remaja dan Aspirasi Negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Dewan
           Siswa, November 2012
237.    Remaja Aset Mencapai Misi Nasional, Pendidik, November 2012
238.    Cara Mudah Tulis Ringkasan Karangan, Cahaya bil..105 Isu 1/2012
239.     Kepelbagaian Kaedah Pengajaran dalam Membantu Pembudayaan Pemikiran Kreatif
           dan Inovatif Pelajar, Jurnal Rampak Serantau bil.19/2012, DBP Negara Brunei Darussalam
240.    Pengetua Penjana Transformasi Pendidikan Negara, Wadah Siswa bil.05/2013
241.    Hala Tuju Pelajar dalam Era Transformasi Pendidikan, Wadah Siswa bil.05/2013
242.    Pelaburan Dunia Saham Akhirat, Dewan Tamadun Islam, Julai 2013

ANTOLOGI PUISI (BERSAMA) YANG DITERBITKAN

Bil.    Judul Antologi    Penerbit
1.    Pohon Barakah    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHAEIK) 1991
2.    Kemanusiaan    Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (KEMUDI), 1992
3.    Sembilu Hujan-Mu    Gabungan Penyair Remaja (GAPRI), 1993
4.    Tanah Serendah Sekebun Bunga    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1998
5.    Keris Bahasa    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur,2005
**Telah menghasilkan 560 buah puisi


            HASIL PENULISAN YANG TIDAK DITERBITKAN

Bil.    Judul Bahan Bacaan Yang Tidak Diterbitkan    Catatan
1.    Penggunaan Puisi dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Pra-Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri: Satu Kajian Kes    Tesis Sarjana Bahasa Moden, Universiti Malaya
2.    Memperkembangkan Program-rogram yang Mengguna Komuniti Sebagai Resos untuk Pembelajaran : Pembesaran Musala SMK. Dewan Beta    Portfolio Bagi Memenuhi Keperluan Sijil Kelayakan  Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH), IAB
3.    Mengguna Teknik Hubungan manusia yang Bijak dan Kemahiran Komunikasi yang Berkesan: Program Kau Harapanku    Portfolio Bagi Memenuhi Keperluan Sijil Kelayakan  Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH), IAB
4.    Kepemimpinan Kurikulum: Program 5 Minit Matematik    Portfolio Bagi Memenuhi Keperluan Sijil Kelayakan 
Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH), IAB
5.    Kepemimpinan Kurikulum: Program Pemulihan Sakti Celik 3M    Portfolio Bagi Memenuhi Keperluan Sijil Kelayakan  Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH), IAB
6.    Mewujudkan Satu Iklim Sokongan yang Memudahcarakan Pelaksanaan Matlamat:Program Kursus Menjawab Bahasa Melayu PMR    Portfolio Bagi Memenuhi Keperluan Sijil Kelayakan  Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH), IAB