Sajak
Jika…
Jika maksiat mata,
dosanya bertompok di kelopak
mata
jika maksiat telinga,
dosanya bergayutan di cuping
telinga
jika maksiat mulut,
dosanya berbuah di mulut
jika maksiat tangan,
dosanya merah di tangan
jika maksiat kaki,
dosanya membengkak di kaki...
manusia pastinya resah gesah,
tidak keharuan
tidak keharuan
kedosaan terserlah pasti
mengaibkan pelaku
tapi
muktahir kini,
Dia Yang Esa tidak
menzahirkannya
akan terus menguji dan menduga
akan keimanan umat
yang akan dilunas pada hari
janji-Nya
di Yaumul Mahsyar,
hari keadilan pembalasan !
IZANI H . D .
Darul Naim
29 Mac 2013.