Friday, 29 March 2013

Sajak `Jika...'



Sajak

Jika…

Jika maksiat mata,
dosanya bertompok di kelopak mata
jika maksiat telinga,
dosanya bergayutan di cuping telinga
jika maksiat mulut,
dosanya berbuah di mulut
jika maksiat tangan,
dosanya merah di tangan
jika maksiat kaki,
dosanya membengkak di kaki...
manusia pastinya resah gesah, 
tidak keharuan
kedosaan terserlah pasti mengaibkan pelaku
tapi 
muktahir kini,
Dia Yang Esa tidak menzahirkannya
akan terus menguji  dan menduga
akan keimanan umat
yang akan dilunas pada hari janji-Nya
di Yaumul Mahsyar,
hari keadilan pembalasan !

IZANI   H . D .
Darul Naim
29 Mac 2013.

No comments:

Post a Comment