Sajak
Kata Khatib
Berkata
khatib dari mimbarnya;
“hendaknya
masjid tidak hanya
tempat pertemuan warga bersara
sahaja,
datang menghimpun diri
mentaati Allah”
lalu menyeru
sekalian umur
mengunjungi
rumah Allah
kerana
tambahnya, janji-Nya
tidak
mengenal usia
suatu hakikat
yang tiada siapa
dapat
menyanggahnya
di masjid
mahupun di surau
warga tua
membarisi saf depan
dan saf
belakang
kata-kata
khatib menusuk rasa
mencuit sedar
betapa
kesibukan tugasan menjadi alasan
menunggu
ruang masa tidak pernah terluang
menghambat
dunia tidak berkecukupan
sedang usia
muda bukan jaminan
jemputan
pulang tak mengira siapa
pangkat,
darjat tinggal semuanya
lalu
bertanya,
mampukah kita
bertangguhan…
kerana hayat
hidup bukan milik kekal
bisa terpadam
tertiba, bila-bila masa saja!
IZANI
H.D.
Kota
Bharu.
No comments:
Post a Comment