Oleh
Ringkasan karangan adalah soalan yang
dikemukakan di bahagian A(i) Bahasa
Melayu kertas 2 PMR. Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 20 markah. Untuk
bahagian ini, calon diberi masa selama 24 minit untuk menyiapkannya dengan
jumlah perkataan yang dihadkan kepada 80 patah perkataan. Isi yang diperlukan
sekurang-kurangnya 5.
Dalam
membuat ringkasan karangan, calon-calon dikehendaki menggunakan isi atau fakta
yang tersedia dalam petikan tetapi calon-calon mesti menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah fakta asal yang terdapat dalam petikan. Menyalin bulat-bulat
daripada petikan akan menyebabkan calon tidak lulus dalam bahagian ini. Hal ini
berlaku disebabkan dalam suasana peperiksaan para calon tertekan yang
menyebabkan mereka menulis dengan cara
menyalin terus daripada petikan asal.
Makalah
ini cuba memberi sedikit panduan kepada pelajar dan calon PMR untuk menulis
ringkasan karangan dengan menggunakan kaedah STRONIM.
Sebagaimana
yang pelajar-pelajar sedia mengetahui, penulisan ringkasan karangan tidak boleh
dilakukan dengan cara meniru atau menyalin bulat-bulat fakta daripada petikan
asal. Pengalaman di bilik darjah menemui dua cara untuk menulis ringkasan
karangan dengan menggunakan ayat sendiri. Pertama dengan mengubah struktur ayat dan kedua, penggunaan perkataan bersinonim, iaitu menggantikan perkataan yang sama erti dengan perkataan yang terdapat dalam petikan.
Contohnya,
jika petikan yang diberikan berkaitan
dengan isu jerebu yang menghendaki calon menulis ringkasan berkaitan dengan
langkah-langkah menangani masalah jerebu. Apa yang perlu dilakukan oleh calon
ialah menyenaraikan lima isi berkaitan yang terkandung dalam petikan. Katakan
isi-isi yang diperoleh daripada petikan seperti berikut;
Langkah-langkah menangani
masalah jerebu (isi-isi yang disalin daripada petikan)
1)
Jabatan
Alam Sekitar perlu melakukan pemantauan secara berterusan.
2)
Sikap
mausia hanya akan mematuhi sesuatu tindakan apabila denda dikenakan ke atas
mereka.
3)
Pihak
media massa seperti akhbar dan televisyen boleh menjalankan kempen mencegah
kebakaran terbuka.
4)
Orang
ramai boleh melaporkan sesuatu aktiviti pembakaran secara terbuka dengan
segera.
5)
Kerjasama
semua pihak akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik.
Mengubah struktur ayat
1)
Jabatan
Alam Sekitar perlu melakukan pemantauan secara berterusan.
Pemantauan secara
berterusan oleh Jabatan Alam Sekitar perlu dilakukan.
2)
Sikap
manusia hanya akan mematuhi sesuatu tindakan apabila denda dikenakan ke atas
mereka.
Denda yang dikenakan boleh
mengubah sikap manusia untuk mematuhi sesuatu tindakan.
3)
Pihak
media massa seperti akhbar dan televisyen boleh menjalankan kempen mencegah
kebakaran terbuka.
Kempen mencegah kebakaran
boleh dijalankan oleh pihak media massa.
4)
Orang
ramai boleh melaporkan sesuatu aktiviti pembakaran secara terbuka dengan
segera.
Laporan segera oleh orang
ramai tentang aktiviti pembakaran secara terbuka boleh membantu.
5)
Kerjasama
semua pihak akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik.
Masalah ini dapat
diselesaikan dengan baik jika mendapat kerjasama semua pihak.
Dengan
cara mengubah struktur ayat telah menghasilkan ayat baru yakni yang berlainan
daripada ayat yang dipetik daripada petikan. Pelajar mesti bijaksana dalam
menyusun struktur ayat supaya tidak menampakkan peniruan bulat-bulat daripada
ayat yang asal.
Penggunaan perkataan
bersinonim
1)
Jabatan
Alam Sekitar perlu melakukan pemantauan secara berterusan.
Pihak berwajib hendaklah
menjalankan pemeriksaan sepanjang masa.
2)
Sikap
manusia hanya akan mematuhi sesuatu tindakan apabila denda dikenakan ke atas
mereka.
Tabiat manusia hanya akan
akur terhadap sesuatu tindakan apabila denda dikenakan ke atas mereka.
3)
Pihak
media massa seperti akhbar dan televisyen boleh menjalankan kempen mencegah
kebakaran terbuka.
Pihak media cetak dan
elektronik boleh melaksnakan kempen mencegah kebakaran.
4)
Orang
ramai boleh melaporkan sesuatu aktiviti pembakaran secara terbuka dengan
segera.
Anggota masyarakat boleh
membuat aduan sesuatu kegiatan pembakaran secara terbuka dengan segera.
5)
Kerjasama
semua pihak akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik.
Kesepakatan semua pihak
akan dapat merungkaikan masalah ini dengan baik.
Penggunaan
perkataan yang sinonim untuk menggantikan perkataan yang terdapat dalam petikan digunakan untuk ringkasan karangan bagi menggelakkan penyalinan
bulat-bulat ayat yang terdapat dalam petikan.
Cara kedua ini lebih mencabar bagi mereka yang `miskin’ kosa kata. Walau
bagaimanapun jika latihan berterusan dibuat kaedah ini lebih menyeronokkan kerana
dapat menambahkan perbendaharaan kata para pelajar.
Kedua-dua
kaedah yang digunakan ini bukan sahaja memudahkan pelajar menulis ringkasan
karangan, tetapi dalam masa yang sama dapat member kemahiran kepada pelajar
untuk membina ayat dan menambahkan kosa kata. Diperhatikan juga kaedah ini dapat
menarik perhatian pelajar kerana aktiviti ini seolah-olah seperti permainan
bahasa yang menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment