Oleh
Izani Hj Daud
Dalam peperiksaan Bahasa Melayu PMR terdapat
dua kertas yang perlu dijawab oleh calon. Kertas 1 merupakan bentuk penulisan
merangkumi ringkasan karangan, pemahaman, karangan berdasarkan bahan
rangsangan, karangan respons terbuka dan KOMSAS (novel). Manakala kertas 2 pula adalah soalan objektif anika pilihan.
Bahagian
kertas 2 telah banyak dibincangkan. Oleh itu dalam penulisan ini akan
dibicarakan bahagian kertas 1 yang banyak memfokuskan kepada aspek tatabahasa.
Daripada 40 soalan anika pilihan yang disoal dalam kertas 1, pencerakinkan
adalah seperti berikut;
Soalan
1-7 : Pemilihan dan
penggunaan kata yang tepat (isi
tempat kosong)
Soalan 8-14 : Kesalahan umum tatabahasa (menanda
kesalahan)
Soalan 15-17
: Kata banyak makna (kata berhuruf
condong)
Soalan 18-17 :
Kesalahan umum tatabahasa (ayat
bergaris)
Soalan 22-24
: Menentukan maksud ayat (ayat
dicetak tebal)
Soalan 25-27
: Kesalahan umum tatabahasa (memilih
ayat betul)
Soalan 28-30
: Peribahasa
Soalan 31-35
: Petikan cerpen/drama/prosa tradisional
Soalan 36-40
: Petikan sajak/pantun/syair
Berdasarkan
pencerakinan kandungan soalan Bahasa Melayu di atas, adalah jelas 27 soalan
daripada 40 merupakan soalan berkaitan dengan sistem bahasa yang terdapat dalam
tatabahasa Melayu dan yang selebihnya adalah soalan KOMSAS dan peribahasa.
Untuk
membolehkan seorang calon itu menjawab soalan berkaitan dengan sistem bahasa,
maka calon hendaklah sekurang-kurangnya menguasai empat golongan kata iaitu
kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Hal ini disebabkan kesemua
27 soalan yang ditanya berkaitan dengan sistem bahasa ada kaitan dengan
kefahaman empat golongan kata tersebut. Oleh itu kefahaman atau penguasaan
calon dalam keempat-empat golongan kata di atas dapat membantu calon menjawab
soalan.
Seterusnya,
ikuti contoh soalan yang yang dipetik daripada setiap soalan.
Soalan berkaitan pemilihan dan penggunaan kata (mengisi tempat
kosong)
Soalan contoh:
Fatin tidak dapat menumpukan
perhatiannya terhadap
pelajaran kerana dia benar-benar bimbang __________ kesihatan
ibunya.
A oleh C pada
B akan D dengan
Jawapan yang betul ialah akan.
Untuk menjawab soalan ini pelajar perlu memahami
tentang fungsi kata sendi nama akan. Kata sendi nama akan
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dan penggunaannya mesti didahului
oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Dalam ayat di atas perkataan benar-benar
merupakan kata adjektif bersifat emotif. Oleh itu sekiranya pelajar tidak
mengetahui tentang penggunaan sendi nama akan, maka sudah tentu pelajar akan
terkeliru untuk memilih jawapan yang betul.
Soalan kesalahan
umum tatabahasa (menanda kesalahan)
Soalan contoh:
Bila
diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya,
A B
Pak Jais bergegas ke hospital. Tiada
kesalahan.
C D
Dalam ayat di
atas penggunaan kata bila tidak tepat kerana bila ialah kata
tanya.
Perkataan yang betul ialah kata hubung apabila.
Kata hubung apabila tergolong dalam kata hubung pancangan keterangan
atau disebut juga kata keterangan, berfungsi sebagai menghubungkan klausa yang
menjadi keterangan pada klausa utama. Pelajar-pelajar seharusnya dapat
membezakan antara kata tanya bila dengan kata hubung apabila
dengan mengenal funsi antara keduanya.
Soalan kata banyak
makna (kata berhuruf condong)
Soalan contoh:
I Baru dua malam
yang lalu Badrul kemalangan jalan
raya.
II Kereta yang
membawa Menteri Pelajaran sudah pun
sampai lalu terus ke hadapan
Bangunan Dewan Wawasan.
III Faiz duduk di
kerusi lalu mencapai surat khabar
di
hadapannya.
IV Oleh sebab
tidak lalu tidur, kakak kelihatan
pucat dan tidak
bermaya.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III
sahaja
D I, II dan IV sahaja
Jawapan yang betul I, II dan III
sahaja.
Perkataan lalu bermaksud
peristiwa lepas, untuk menunjukkan
sesuatu perbuatan yang
dilakukan serentak atau pada masa
yang sama.dan bersinonim dengan
berjalan, melintas atau
melewati. Jawapan IV tidak tepat
kerana perkataan `lalu tidak
sesuai untuk digandingkan atau
dipadankan dengan
perkataan `tidur'.
Soalan kesalahan umum
tatabahasa (ayat bergaris)
Soalan contoh:
Surat ini saya tulis untuk ibu saya yang berada di kampung.
A Saya tulisan
surat ini
B Saya tulis
ini surat
C Surat ini
ditulis oleh saya
D Surat ini
saya tulis
Ayat bergaris dalam soalan adalah betul.
Ayat di atas merupakan ayat pasif kata ganti nama
diri pertama. Saya tulis ialah
bentuk kata kerja pasif. Kefahaman tentang kata kerja pasif membolehkan pelajar
menjawab soalan ini dengan mudah. Pelajar perlu faham kata kerja pasif ialah
kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi
ayat pasif.
Soalan menentukan maksud ayat (ayat dicetak tebal)
Soalan contoh:
Persatuan Penduduk Taman Salor telah mengadakan aktiviti
gotong-royong membersihkan kawasan masjid pada 28
Februari
yang lalu.
A Aktiviti
gotong-royong telah diadakan di kawasan
masjid pada
28 Februari yang lalu.
B Kegiatan
membersihkan kawasan masjid telah di-
jalankan
secara gotong royong oleh Persatuan
Penduduk
Taman Salor pada 28 Februari yang lalu.
C Pada 28
Februari yang lepas, Persatuan Penduduk
Taman
Salor telah bergotong royong.
D Persatuan
Penduduk telah mengadakan aktiviti
gotong-royong untuk membersihkan kawasan masjid
di Taman
Salor.
Jawapan
yang betul ialah B
A salah
disebabkan tidak menyatakan nama persatuan.
Jawapan C
juga salah kerana tidak menyatakan tempat
kawasan.
Manakala D juga salah kerana tidak menyatakan
dengan
lengkap nama persatuan. Untuk soalan bahagian ini,
pelajar
perlu berhati-hati memilih jawapan supaya jawapan
yang
dipilih mempunyai maksud yang sama atau paling hampir
dengan
ayat yang dicetak tebal.
Soalan kesalahan umum tatabahasa (memilih ayat
betul)
Soalan contoh:
l Yang akan
merasmikan Bulan 1 Malaysia pada bulan
hadapan
adalah Perdana Menteri kita
ll Mujurlah
abang sempat berpaut pada dahan pokok
sebelum
dia jatuh ke tanah
lll Ashraf
meminjamkan buku yang baru dibelinya kepada
Kashfi.
lV Hiasan
dalaman rumah Datuk Farhan teramat cantik
pada
pandangan saya.
A l dan ll sahaja
B lll dan lV sahaja
C l, ll dan lll sahaja
D ll. lll dan lV sahaja
Jawapan yang betul ialah D, iaitu ll, lll dan IV
Pilihan l salah kerana
sepatutnya menggunakan
kata pemeri ialah. Pelajar perlu memahami dan
dapat
membezakan anatara kata pemeri ialah dan adalah.
Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama
sedangkan
kata pemeri adalah
pula hadir di hadapan frasa adjektif dan
frasa sendi nama.
Soalan peribahasa
Hanya terdapat tiga soalan berkaitan peribahasa yang
akan diuji
dalam peperiksaan. Biasanya soalan ini tidak sangat mencabar dan berupa
`bonus’ untuk pelajar. Walau bagaimanapun pelajar
perlu membuat hafalan
tentang peribahasa.
Soalan petikan
cerpen/drama/prosa tradisional/
sajak/pantun/syair
Soalan bahagian ini juga tidak sesukar mana. Walaupun
hanya terdapat
10 soalan sahaja untuk bahagian
ini, tetapi soalan yang dikemukakan
akan dikutip daripada tiga buah antologi iaitu
antologi di tingkatan 1, 2 dan 3.
Pelajar-pelajar perlu membaca kesemua antologi yang
dipelajari di ketiga-tiga
tingkatan.
Perbincangan ringkas ini menjelaskan bahawa kefahaman
pelajar tentang tatabahasa, terutamanya
golongan kata, sangat penting untuk membolehkan pelajar menjawab soalan Bahasa
Melayu PMR Kertas 1. Apa yang berlaku di bilik darjah, pelajar-pelajar
dilonggokkan dengan latih tubi tanpa kefahaman yang jelas tentang aspek
tatabahasa. Mereka hanya membuat latih tubi berterusan untuk menjadikan mereka
`serasi’ dengan soalan yang kebiasaannya disoal dalam peperiksaan tanpa
mempunyai kefahaman yang mendalam.
Oleh itu guru-guru bahasa Melayu hendaklah mengambil
inisiatif yang bersungguh-sungguh supaya anak-anak didik mendapat kefahaman
yang mantap dalam aspek tatabahasa sejak
di peringkat menengah rendah lagi. Maka
apabila mereka meneruskan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat lebih
tinggi, akan tiada lagi masalah yang dihadapi kerana mereka telah mempunyai
asas yang kukuh dalam aspek tatabahasa.
( Pelita Bahasa, Mei 2011 )
No comments:
Post a Comment