Kepentingan Penanda Wacana dalam Karangan
Oleh
Izani Hj. Daud
Memang
tidak dapat dinafikan sebuah penulisan karangan yang baik adalah yang mempunyai
isi yang banyak dan bertepatan dengan tajuk. Tetapi sekiranya karangan itu
tidak mempunyai penanda kata wacana yang berkesan maka sudah tentu sebuah
karangan menjadi tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya tidak gramatis.
Penanda kata wacana adalah perangkai
ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu
idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Antara penanda wacana yang sering
digunakan ialah,
Selain itu, Pertama, Pada umumnya
Keadaan ini, Seterusnya, Keseluruhannya,
Juga, Apa yang dimaksudkan, Jadi,
Akibatnya, Sementara, Dalam nada berbeza
Begitu jua, Kalau demikian, Kedu
Sebalikya, Walau bagaimanapun, Sejajar dengan itu,
Walaupun, Sebelumnya, Meskipun demikian,
Tegasnya, Kini, Oleh
hal yang demikian,
Pada amnya, Khususnya, Dengan perkataan lain,
Pada keseluruhannya, Ringkasnya, Jelaslah
Akhirnaya, Namun begitu, Justeru,
Jika dibandingkan, dan banyak lagi.
Penanda kata ini perlu diberikan perhatian dalam semua bahagian
karangan, daripada bahagian pendahuluan, isi, huraian isi, contoh dalam huraian
hinggalah kepada bahagian penutup. Dalam perbincangan ini akan dilihat
bagaimana penanda kata wacana digunakan dalam kesemua bahagian yang disebutkan.
Penanda Kata Wacana yang Sesuai untuk
Bahagaian Pendahuluan
1. Sejak akhir-akhir ini masalah keruntuhan
moral dalam kalangan remaja
menjadi
isu yang hangat diperkatakan .
2. Dalam alaf moden ini penggunaan komputer menjadi satu keperluan dalam
kehidupan manusia .
3 Sebelum saya membicarakan tajuk ini dengan
lebih lanjut , eloklah saya
menerangkan apakah yang dimaksudkan
dengan iklan .
4. Semasa cuti sekolah yang lalu,aku telah
dijemput oleh bapa saudaraku
untuk bercuti di rumahnya.
5. Memang tidak dinafikan kegawatan ekonomi
yang melanda sekarang ini
menghimpit
kehidupan rakyat,terutamanya golongan bawahan.
6. Isu pendatang asing sudah menjadi suatu isu
yang serius yang perlu
ditangani segera.
Pengunaan frasa kata dalam contoh ayat
di atas membentuk pola ayat yang sesuai dalam usaha memulakan sesebuah
karangan.
Bahagian Isi
1. Pelbagai punca yang dikenal pasti mengakibatkan berlakunya masalah
ini.
antaranya
termasuklah…
2. Faktor ibu bapa menjadi punca utama
menyebabkan berlakunya
kemerosotan
displin dalam kalangan remaja masa kini.
3. Selain itu,faktor…
4. Di samping itu,sikap remaja juga…
5. Terdapat
berbagai-bagai langkah yang dapat dijalankan untuk mengatasi
masalah
ini,seperti…
6. Salah satu langkah yang paling berkesan
bagi mengatasi masalah ini adalah
dengan
penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang yang tegas
hendaklah dilaksanakan supaya…
7. Selain
itu kerajaan juga…
8. Langkah
lain yang boleh diambil termasuklah…
9 .Peranan
ibu bapa juga penting dalam usaha mengatasi masalah ini.Ibu bapa
boleh memainkan peranannya dengan…
10. Semua
pihak hendaklah bertanggungjawab dan bekerjasama bagi mengatasi
masalah ini.
Dalam bahagian ini pengunaan frasa kata seperti “Pelbagai
punca…”,
“Selain
itu…”,dan lain-lain telah mewujudkan suatu variasi atau keragaman daripada
segi
pembendaharaan kata yang sangat diperlukan dalam penulisan sesebuah karangan.
Bahagian Huraian Isi
1. Hal ini berlaku kerana tiadanya pengawasan
ibu bapa di rumah sehingga
menyebabkan anak-anak terlepas bebas melakukan
apa-apa sahaja yang
disukainya.
2. Adakah
kita ingin melihat anak bangsa hanyut dalam dunianya,sedangkan
merekalah
nantinya bakal mengambil alih teraju pimpinan negara.
3. Walaupun begitu,masih ramai yang tidak
menginsafi masalah yang berlaku.
4. Dengan kata lain,kita tidak seharusnya
berpeluk tubuh dengan hanya
membiarkan
gejala yang merosakkan ini tersebar luas.
5. Seharusnya
kita sebagai anggota masyarakat peka dengan keadaan
persekitaran.
6. Sungguhpun kerajaan telah menjalankan
pelbagai langkah tetapi langkah
tersebut tidak akan berkesan seandainya tidak
mendapat kerjasama semua
pihak.
7. Oleh itu,kita sebagai warganegara
tentunya tidak mahu melihat negara ini
hancur
akibat campur tangan pihak luar.
8. Bak kata pepatah “Berat sama dipikul,ringan
sama dijinjing”.
Dalam huraian isi, penanda kata wacana
dan pola ayat perlu diberikan perhatian juga. Pengunaan kata yang sesuai
penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antara satu
sama lain.
Contoh dalam Huraian
1. Menurut
perangkaan yang dikeluarkan oleh…kes penderaan kanak-kanak
meningkat ke angka…pada tahun 1997.
2. Masyarakat
boleh membantu dalam usaha mengatasi kegawatan ini,
misalnya, dengan cara mengurangkan
perbelanjaan harian…
3 .Penderaan
kanak-kanak semakin serius.Kes terbaru ialah…
4. Sebagai contoh…
Dalam usaha mengemukakan contoh
dalam huraian,penggunaan frasa kata
yang
sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuaian konteks ayat.
Contoh Penutup
1. Tegasnya,banyak faktor yang menyumbang
kepada berlakunya gejala sosial .
Oleh itu…
2. Kesimpulannya, pendisiplinan diri
adalah menjadi kunci kepada kejayaan
seseorang
individu kerana…
3. Akhir
kata,sambutllah salam anakanda dari kejauhan dan semoga ayahanda…
4. Sebelum mengundur diri terimalah
serangkap pantun daripada kami…
5. Saya sudahi ucapan ini dengan…
Jelaslah,aspek penanda kata
wacana akan mempengaruhi pengolahan ,
struktur
ayat, pemerengganan, kosa kata,dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha
menghasilkan sebuah karangan yang baik.Contoh-contoh yang dipaparkan di atas
diharapkan dapat dijadikan garis panduan
kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang bermutu
(Pelita Bahasa, Februari 2006)
No comments:
Post a Comment