Pada Jun 2010, kami sekeluarga ke tanah suci mengerjakan umrah. Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana berpeluang bersama-sama ibu, anak, isteri, adik berserta dengan anak-anaknya juga (anak saudara). Kami merasakan suatu anugerah besar dikurniakan kepada kami berpeluang ke tanah suci lebih-lebih lagi disertai dengan anak-anak, dan merekalah yang paling bertuah kerana dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki pada usia yang masih muda. Tiada anugerah yang paling istimewa selain diberi hidayah dan rezeki oleh Allah s.w.t. untuk ke tanah suci. Ya Allah kami panjatkan kesyukuran tidak terhingga atas anugerah-Mu, semoga dimurahkan rezeki dan dapat berkunjung lagi ke tanah suci pada masa hadapan, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment